fbpx
  • Governance I Risk I Compliance Management

Bekas Pengurus MARDI ditahan salah guna kuasa

June 23, 2021

Pengurus MARDI salah guna kuasa

Seorang bekas pengurus Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia – MARDI, dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa kerana telah mencadangkan tender projek kepada syarikat sekutunya pada enam tahun yang lalu.

Tertuduh, Mohd. Saiful Nizam, 40, yang sebelum ini merupakan bekas Pengurus Inkubator MARDI Besut membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman. Sebelum ini, dia telah didakwa atas pertuduhan pecah amanah melibatkan amaun RM14,250 di mahkamah sama pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Saiful didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan bagi mempelbagaikan produk hasilan kilang jejari. Tertuduh telah mencadangkan sebut harga paling rendah syarikat milik sekutunya berjumlah RM17,000 pada bulan Mac 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2003 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pengurus MARDI salah guna kuasa

Sumber: Kosmo

Pernah didakwa pecah amanah sebanyak RM14,250

Mohd Saiful Nizam, 40, juga telah didakwa atas pertuduhan melakukan pecah amanah sebanyak RM14, 250, tahun lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan tidak menyerahkan wang pembayaran sewa kiosk bagi Januari hingga September 2019 berserta deposit kepada Bahagian Kewangan Mardi Kuala Terengganu yang berjumlah RM14,250.

Tertuduh yang juga merangkap pengurus dana yang bertugas di Mardi Kuala Terengganu didakwa melakukan kesalahan itu pada Januari hingga September 2019. Untuk pertuduhan ini, dia telah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber: BH Online

Dapatkan berita industri terkini ke emel anda. Daftar ke buletin kami

ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) Bersama ABAC®

ABAC Center of Excellence merupakan sebuah badan pensijilan bagi ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) di Malaysia yang telah mendapat akreditasi daripada dua badan antarabangsa yaitu United Kingdom Accreditation System (UKAS) dan Emirate International Accreditation Centre (EIAC). Terkini, ABAC® adalah satu-satunya badan pensijilan ISO 37001 ABMS di Malaysia yang diiktiraf oleh UKAS dan EIAC.

Akreditasi UKAS ialah sebuah pengiktirafan global yang diterima diseluruh negara. Justeru itu, pensijilan dibawah organisasi yang diiktiraf UKAS memberi beberapa kelebihan tambahan kepada sesebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia dan luar negara. Antaranya menambah kepercayaan pelabur asing, pelanggan dan rakan niaga antarabangsa kepada organisasi yang mendapat pensijilan ISO 37001 ABMS.

ABAC® juga menyediakan latihan secara fizikal dan vitual melalui beberapa kursus teras. Kursus yang disusun bukan sahaja memberi pendedahan terhadap akta SPRM, garis panduan tatacara mencukupi dan polisi anti-rasuah, malah ianya meliputi kajian kes rasuah membabitkan organisasi besar seperti Airbus dan Rolls Royce. ABAC® memberi pendedahan kepada anda bagaimana rasuah seperti yang berlaku di dalam Airbus dan Rolls Royce boleh dielak melalui penambahbaikan pengurusan. Kursus latihan yang ditawarkan meliputi:

  • Pengenalan Anti-Rasuah dan Seksyen 17A Akta SPRM
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Juruaudit dalaman
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Ketua Juruaudit
Kursus ISO 37001 ABMS
Daftar Kursus ISO 37001 ABMS
Sebut Harga Percuma - Pensijilan ISO 37001 ABMS

About ABAC® Center of Excellence-Malaysia

ABAC®-M was created to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest in best-practice due diligence processes and procedures, providing world-class anti-bribery and anti-corruption, compliance and risk management solutions to organisations seeking to validate or expand their existing compliance frameworks to maintain a competitive edge in the world marketplace.

Build trust. Ensure compliance.

ABAC® Center of Excellence is an independent certification body, powered by CRI Group. ABAC® offers a complete suite of services and solutions designed to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest best-in-practice risk and performance assessments, systems improvement and standards certification. ABAC® programs protect your organisation from damaging litigation and safeguard your business in the global marketplace by providing certification and training in internationally recognised ISO standards, such as ISO 37301 Compliance Management Systems, ISO 31000 Risk Management Systems and ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems. Its ISO 37001 Certification services are accredited by the United Kingdom Accreditation Service (UKAS CB number: 10613), making it the leading certification body specialising in anti-bribery management.

ABAC® operates through its global network of certified ethics and compliance professionals, qualified auditors, financial and corporate investigators, certified fraud examiners, forensic analysts and accountants.