fbpx
  • Governance I Risk I Compliance Management

Rasuah RM10 juta syarikat kejuruteraan marin, 4 suspek disiasat bawah Seksyen 17A Akta SPRM

June 22, 2021

Rasuah RM10 juta melibatkan syarikat kejuruteraan marin

Empat suspek, pemilik syarikat kejuruteraan marin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi bagi membantu siasatan berhubung  kes rasuah yang dianggarkan bernilai RM10 juta.

Suspek telah disyaki memberi suapan dengan anggaran RM10 juta kepada pegawai agensi penguatkuasaan bagi mendapatkan projek tender pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan berkaitan marin bermula 2018 hingga tahun ini. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek terdiri daripada dua wanita dan dua lelaki berusia antara 40 hingga 71 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 9 hingga 10 malam tadi. Kesemua suspek hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, SPRM mengesahkan tidak menolak kemungkinan ada individu lain termasuk penjawat awam akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu melengkapkan kertas siasatan kes terbabit.

Pristine Offshore, syarikat komersil pertama didakwa mengikut Seksyen 17A Akta SPRM

Terdahulu, “Pristine Offshore” sebuah syarikat sewa kapal menjadi kes pertama yang didakwa mengikut seksyen 17A Akta SPRM. Syarikat itu didakwa bagi kesalahan memberi suapan untuk mendapatkan kontrak penyewaan kapal bernilai RM321,350 bagi kerja-kerja cari gali minyak, tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, syarikat berkenaan sebagai sebuah organisasi komersial melakukan kesalahan kerana seseorang yang bersekutu dengan syarikat itu iaitu pengarah, Chew Ben Ben, 64, (kini bekas pengarah) secara rasuah memberikan kepada Ketua Pegawai Operasi sebuah syarikat suatu suapan bagi faedah dirinya iaitu wang sejumlah RM321,350.

Suapan itu adalah untuk memperoleh perniagaan bagi syarikat tersebut dan memastikan ia dianugerahkan sub-kontrak penyewaan kapal dalam kerja-kerja cari gali minyak.  Perbuatan rasuah tersebut dilakukan antara 29 Jun hingga 14 Oktober tahun lalu membabitkan nilai keseluruhan projek sebanyak RM1 bilion.

Liabiliti Korporat

Liabiliti korporat’ merujuk kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009 mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020. Ia adalah pertuduhan kesalahan rasuah yang dilakukan oleh organisasi komersial.

Berdasarkan peruntukan ini, organisasi komersial boleh didakwa dan dihukum sekiranya membenarkan pegawai/kakitangan mereka melakukan rasuah untuk memperoleh sesuatu projek atau mendapat apa-apa faedah bagi organisasi komersial itu.

Seksyen 17A Akta SPRM meletakkan beban pencegahan rasuah ke atas organisasi komersial dan pengurusannya. Kegagalan untuk mencegah rasuah boleh didakwa dan dihukum di bawah peruntukan ini.

Dapatkan berita industri terkini ke emel anda. Daftar ke buletin kami

Pensijilan dan Kursus ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) Bersama ABAC®

ABAC Center of Excellence merupakan sebuah badan pensijilan bagi ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) di Malaysia yang telah mendapat akreditasi daripada dua badan antarabangsa yaitu United Kingdom Accreditation System (UKAS) dan Emirate International Accreditation Centre (EIAC). Terkini, ABAC® adalah satu-satunya badan pensijilan ISO 37001 ABMS di Malaysia yang diiktiraf oleh UKAS dan EIAC.

Akreditasi UKAS ialah sebuah pengiktirafan global yang diterima diseluruh negara. Justeru itu, pensijilan dibawah organisasi yang diiktiraf UKAS memberi beberapa kelebihan tambahan kepada sesebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia dan luar negara. Antaranya menambah kepercayaan pelabur asing, pelanggan dan rakan niaga antarabangsa kepada organisasi yang mendapat pensijilan ISO 37001 ABMS.

ABAC® juga menyediakan latihan secara fizikal dan vitual melalui beberapa kursus teras. Kursus yang disusun bukan sahaja memberi pendedahan terhadap akta SPRM, garis panduan tatacara mencukupi dan polisi anti-rasuah, malah ianya meliputi kajian kes rasuah membabitkan organisasi besar seperti Airbus dan Rolls Royce. ABAC® memberi pendedahan kepada anda bagaimana rasuah seperti yang berlaku di dalam Airbus dan Rolls Royce boleh dielak melalui penambahbaikan pengurusan. Kursus latihan yang ditawarkan meliputi:

  • Pengenalan Anti-Rasuah dan Seksyen 17A Akta SPRM
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Juruaudit dalaman
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Ketua Juruaudit
Kursus ISO 37001 ABMS
Daftar Kursus ISO 37001 ABMS
Sebut Harga Percuma - Pensijilan ISO 37001 ABMS

About ABAC® Center of Excellence-Malaysia

ABAC®-M was created to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest in best-practice due diligence processes and procedures, providing world-class anti-bribery and anti-corruption, compliance and risk management solutions to organisations seeking to validate or expand their existing compliance frameworks to maintain a competitive edge in the world marketplace.

Build trust. Ensure compliance.

ABAC® Center of Excellence is an independent certification body, powered by CRI Group. ABAC® offers a complete suite of services and solutions designed to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest best-in-practice risk and performance assessments, systems improvement and standards certification. ABAC® programs protect your organisation from damaging litigation and safeguard your business in the global marketplace by providing certification and training in internationally recognised ISO standards, such as ISO 37301 Compliance Management Systems, ISO 31000 Risk Management Systems and ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems. Its ISO 37001 Certification services are accredited by the United Kingdom Accreditation Service (UKAS CB number: 10613), making it the leading certification body specialising in anti-bribery management.

ABAC® operates through its global network of certified ethics and compliance professionals, qualified auditors, financial and corporate investigators, certified fraud examiners, forensic analysts and accountants.