fbpx
  • Governance I Risk I Compliance Management

SPRM tahan enam pegawai bank minta rasuah lulus pinjaman peribadi RM18 Juta

June 9, 2021

SPRM telah menahan enam pegawai dan kakitangan sebuah bank kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi melibatkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta.

Pegawai bank minta rasuah untuk lulus pinjaman peribadi

Kesemua suspek lelaki berusia antara 36 hingga 45 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 4.45 petang di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, hari ini. Menurut sumber, wang rasuah tersebut ialah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

Mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai lebih kurang RM18 juta. Pegawai dan kakitangan tersebut bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang.

SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM69,000 dan beberapa jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada suspek yang terlibat dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, telah mengesahkan penahanan tersebut. Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman.

Sumber: SPRM dan Sinar Harian

Pegawai bank minta rasuah syarat lulus pinjaman peribadi.

Dapatkan berita industri terkini ke emel anda. Daftar ke buletin kami

Pensijilan dan Kursus ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) Bersama ABAC®

ABAC Center of Excellence merupakan sebuah badan pensijilan bagi ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) di Malaysia yang telah mendapat akreditasi daripada dua badan antarabangsa yaitu United Kingdom Accreditation System (UKAS) dan Emirate International Accreditation Centre (EIAC). Terkini, ABAC® adalah satu-satunya badan pensijilan ISO 37001 ABMS di Malaysia yang diiktiraf oleh UKAS dan EIAC.

Akreditasi UKAS ialah sebuah pengiktirafan global yang diterima diseluruh negara. Justeru itu, pensijilan dibawah organisasi yang diiktiraf UKAS memberi beberapa kelebihan tambahan kepada sesebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia dan luar negara. Antaranya menambah kepercayaan pelabur asing, pelanggan dan rakan niaga antarabangsa kepada organisasi yang mendapat pensijilan ISO 37001 ABMS.

ABAC® juga menyediakan latihan secara fizikal dan vitual melalui beberapa kursus teras. Kursus yang disusun bukan sahaja memberi pendedahan terhadap akta SPRM, garis panduan tatacara mencukupi dan polisi anti-rasuah, malah ianya meliputi kajian kes rasuah membabitkan organisasi besar seperti Airbus dan Rolls Royce. ABAC® memberi pendedahan kepada anda bagaimana rasuah seperti yang berlaku di dalam Airbus dan Rolls Royce boleh dielak melalui penambahbaikan pengurusan. Kursus latihan yang ditawarkan meliputi:

  • Pengenalan Anti-Rasuah dan Seksyen 17A Akta SPRM
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Juruaudit dalaman
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Ketua Juruaudit
Kursus ISO 37001 ABMS
Daftar Kursus ISO 37001 ABMS
Sebut Harga - Pensijilan ISO 37001 ABMS

About ABAC® Center of Excellence-Malaysia

ABAC®-M was created to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest in best-practice due diligence processes and procedures, providing world-class anti-bribery and anti-corruption, compliance and risk management solutions to organisations seeking to validate or expand their existing compliance frameworks to maintain a competitive edge in the world marketplace.

Build trust. Ensure compliance.

ABAC® Center of Excellence is an independent certification body, powered by CRI Group. ABAC® offers a complete suite of services and solutions designed to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest best-in-practice risk and performance assessments, systems improvement and standards certification. ABAC® programs protect your organisation from damaging litigation and safeguard your business in the global marketplace by providing certification and training in internationally recognised ISO standards, such as ISO 37301 Compliance Management Systems, ISO 31000 Risk Management Systems and ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems. Its ISO 37001 Certification services are accredited by the United Kingdom Accreditation Service (UKAS CB number: 10613), making it the leading certification body specialising in anti-bribery management.

ABAC® operates through its global network of certified ethics and compliance professionals, qualified auditors, financial and corporate investigators, certified fraud examiners, forensic analysts and accountants.