fbpx
  • Governance I Risk I Compliance Management

Terima rasuah RM69,892 kakitangan UIAM didakwa

June 3, 2021

Dua kakitangan termasuk seorang pegawai Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM69,892 lapan tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Hakimi Badrol Afandi, 44, merupakan penolong pengarah dan Yusri Said, 49, selaku pembantu tadbir kanan mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Rasuah melibatkan kakitangan UIAM, Gombak

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hakimi yang merupakan pegawai Gred N41 didakwa satu pertuduhan utama dan pilihan iaitu memperoleh rasuah wang tunai sebanyak RM5,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk membantu memudahkan urusan syarikat NII Resources mendapatkan kerja-kerja berkaitan baucar bayaran bernombor PV11314000051 bertarikh 7 Mac 2014 -Exhibition Panels (EZ Line 20).

Mohd. Hakimi yang sudah berkhidmat lebih 12 tahun di UIAM didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Gombak, dekat sini pada 12 Mac 2014. Manakala, Yusri (Gred N22) didakwa dengan sembilan pertuduhan utama dan pilihan melibatkan jumlah keseluruhan RM64,892.

Yusri yang telah berkhidmat di UIAM selama 30 tahun didakwa menerima wang tunai berjumlah RM62,892 daripada individu sama sebagai dorongan untuk membantu memudahkan urusan syarikat Iklanika Sdn. Bhd., NII Resources dan Niin Resources mendapatkan kerja-kerja berkaitan baucar bayaran bagi kerja-kerja penerbitan, percetakan, booth, baik pulih galeri di UIAM.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Iklanika Sdn. Bhd. di Pusat Bandar Sri Gombak, GB Auto Sdn. Bhd. di Batu Caves, Gombak antara 8 Februari 2014 hingga 30 Mac 2015. Yusri yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,200 turut didakwa menerima suapan tersebut bagi bayaran pendahuluan pembelian kereta jenis Volkswagen Polo H/B 1.6 dengan nombor pendaftaran BMR49.

Bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut didakwa menerima suapan melalui cek berjumlah RM2,000 bagi bayaran Body Kit Volkswagen Polo berkenaan selain menerima wang tunai RM3,800 untuk membeli nombor pendaftaran BMR49 terbabit. Bagi kesemua pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(10) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Bagi pertuduhan pilihan pula, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Aliff Shaharuzaman menawarkan masing-masing RM10,000 dan RM30,000 jaminan terhadap kedua-dua tertuduh selain memohon syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Peguam mewakili kedua-dua tertuduh, Norman Mohd. Nasir memohon jumlah jaminan yang lebih rendah dan munasabah memandangkan anak-anak guamnya memberikan kerjasama penuh setiap kali dipanggil untuk membantu siasatan. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan masing-masing RM5,000 dan RM30,000 terhadap kedua-dua tertuduh selain membenarkan syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan dan tarikh sebutan semula kes pada 29 Jun hadapan. Yusri turut diarahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa miliknya yang tertinggal di rumah sebelum 8 Jun hadapan.

Sumber: SPRM dan Utusan

Rasuah kakitangan UIAM

Dapatkan berita industri terkini ke emel anda. Daftar ke buletin kami

Pensijilan dan Kursus ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) Bersama ABAC®

ABAC Center of Excellence merupakan sebuah badan pensijilan bagi ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) di Malaysia yang telah mendapat akreditasi daripada dua badan antarabangsa yaitu United Kingdom Accreditation System (UKAS) dan Emirate International Accreditation Centre (EIAC). Terkini, ABAC® adalah satu-satunya badan pensijilan ISO 37001 ABMS di Malaysia yang diiktiraf oleh UKAS dan EIAC.

Penarafan UKAS dan EIAC ini menambah kepercayaan pelabur asing, pelanggan dan rakan niaga antarabangsa kepada organisasi yang mendapat pensijilan ISO 37001 ABMS melalui ABAC®.

Selain itu, ABAC® juga menyediakan latihan secara fizikal dan atas talian (Online) melalui beberapa kursus teras. Kursus yang disusun bukan sahaja memberi pendedahan terhadap akta SPRM, garis panduan tatacara mencukupi dan polisi membabitkan anti-rasuah, malah ianya meliputi kajian kes rasuah membabitkan organisasi besar seperti Airbus dan Rolls Royce. ABAC® memberi pendedahan kepada anda bagaimana rasuah seperti yang berlaku di dalam Airbus dan Rolls Royce boleh dielak melalui penambahbaikan pengurusan. Kursus latihan yang ditawarkan meliputi:

  • Pengenalan Anti-Rasuah dan Seksyen 17A Akta SPRM
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Juruaudit dalaman
  • Pensijilan Anti-Rasuah untuk Ketua Juruaudit
Maklumat Kursus ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah
Daftar Kursus ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah
Dapatkan Sebut Harga - Pensijilan ISO 37001 ABMS

About ABAC® Center of Excellence-Malaysia

ABAC®-M was created to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest in best-practice due diligence processes and procedures, providing world-class anti-bribery and anti-corruption, compliance and risk management solutions to organisations seeking to validate or expand their existing compliance frameworks to maintain a competitive edge in the world marketplace.

Build trust. Ensure compliance.

ABAC® Center of Excellence is an independent certification body, powered by CRI Group. ABAC® offers a complete suite of services and solutions designed to educate, equip and support the world’s leading business organisations with the latest best-in-practice risk and performance assessments, systems improvement and standards certification. ABAC® programs protect your organisation from damaging litigation and safeguard your business in the global marketplace by providing certification and training in internationally recognised ISO standards, such as ISO 19600 Compliance Management Systems, ISO 31000 Risk Management Systems and ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems. Its ISO 37001 Certification services are accredited by the United Kingdom Accreditation Service (UKAS CB number: 10613), making it the leading certification body specialising in anti-bribery management.

ABAC® operates through its global network of certified ethics and compliance professionals, qualified auditors, financial and corporate investigators, certified fraud examiners, forensic analysts and accountants.